Seorang pensyarah universiti dan seorang kerani dirogol dalam keadaan separuh sedar oleh seorang bomoh dalam dua kejadian berasingan di rumahnya dekat sini, minggu lalu.Kejadian itu dikatakan berlaku selepas kedua-dua mangsa diberi minuman yang didakwa bagi memulihkan penyakit terkena buatan orang atau ilmu hitam.Rumah bomoh terbabit yang menjadi lokasi perubatannya sentiasa dikunjungi orang ramai termasuk dari luar daerah untuk mendapatkan rawatan.Kegiatan lelaki itu terbongkar selepas kerani wanita berusia 21 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, membuat laporan polis pagi Isnin lalu mendakwa dirogol dua kali oleh bomoh terbabit kira-kira jam 3 petang, 11 Oktober lalu.
Seorang pensyarah berusia 28 tahun turut membuat laporan mendakwa dirogol ketika mendapat rawatan daripada bomoh itu di tempat sama, kira-kira jam 3 petang, 14 Oktober lalu.
Wednesday, October 29, 2008
Pensyarah, kerani muda habuan nafsu bomoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment