Best Of Remaja Melayu - IKLAN

adf.ly - shorten links and earn money!

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda!

Sila Masukkan Email Anda utk yang Lebih Panans dan Terkini
PASTIKAN ANDA VERIFY EMAIL ANDA

Di Bawa Khas Utk Remaja : By Remaja Melayu Kini

Thursday, October 9, 2008

Onani Sedap??

AMALAN onani memang ketara di kalangan remaja lelaki dan perempuan dan ia berlaku akibat akil baligh apabila perasaan syahwat membara. Apabila onani menjadi amalan yang kerap dilakukan, remaja mendapati ia menjadi tekanan pula, mengakibatkan keletihan, lemah, sukar tumpu pada pelajaran, kurang prestasi sukan dan pelajaran serta gangguan kesihatan.

Sebilangan remaja yang masih kekal dengan amalan ini akan ketagih dan meneruskannya walaupun sudah berumahtangga.

Malah, mereka dapati cara itu lebih seronok daripada melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Lebih-lebih lagi jika mereka sangat mudah terangsang dan sukar mengawal klimaks.

Remaja yang melakukan rangsangan seksual dengan cara tersendiri, baik lelaki atau perempuan, akan mendapati mereka tidak mudah mencapai klimaks dengan pasangan jika rangsangan dialami tidak sama dengan rangsangan yang mereka peroleh daripada teknik onani yang dilakukan.

Ini membuatkan hubungan seksual dengan pasangan hambar. Ada juga sebilangan remaja mengalami masalah disfungsi seksual akibat onani dan ini mungkin akibat kerosakan pada fungsi anggota sulit, lebih-lebih lagi jika mereka gunakan kekerasan untuk mencapai klimaks.


Jadi kini anda tahu onani ada keburukannya dan natijahnya jika tidak dapat mengawal nafsu. Anda saja yang dapat mengawal perbuatan ini. Jika anda perlu lakukannya untuk melegakan tekanan seksual, itu boleh diterima.

Itu pun jika tanpa melegakan tekanan seksual, anda terdorong untuk melakukan perkara lain seperti terbabit dengan seks rambang atau pengambilan dadah!

Elak menonton filem atau klip pornografi atau seks siber. Dalam keadaan terangsang, pasti anda melepaskan perasaan dengan melakukan onani. Tingkatkan aktiviti sosial anda dan lebih berkecimpung dalam sukan dan aktiviti reakreasi. Amalkan gaya hidup sihat.

Gadis 20an tak tahan sentiasa beronani
SAYA gadis berusia pertengahan 20-an. Saya baru menamatkan pengajian dan kini bekerja. Masalah saya ialah tidak boleh menahan keinginan melakukan onani.

Seingat saya, perkara ini bermula sejak saya 12 tahun. Apabila berumur 18 tahun, saya semakin berani dan tidak boleh meninggalkan tabiat ini.

Kini saya beronani dengan ramai lelaki melalui suara ghairah dan gambar lucah dan kadangkala hampir setiap hari hingga klimaks (basah).

Saya pernah cuba berhenti tetapi gagal. Malah saya berasa lebih seronok dan puas walaupun tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya fikir ini lebih baik daripada berzina.


Adakah perbuatan saya berdosa besar? Adakah setiap kali saya melakukan onani saya perlu mandi wajib? Bagaimana caranya untuk berhenti daripada tabiat ini?




REN
Kuala Lumpur

1 comment:

Lintah said...

Kena faham dulu hukum hakam kalau nak onani...