Best Of Remaja Melayu - IKLAN

adf.ly - shorten links and earn money!

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda!

Sila Masukkan Email Anda utk yang Lebih Panans dan Terkini
PASTIKAN ANDA VERIFY EMAIL ANDA

Di Bawa Khas Utk Remaja : By Remaja Melayu Kini

Thursday, February 19, 2009

Kantoi


Berebut seorang gadis dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras.

Mangsa, Mohd Azlin Mohamad, 16, cedera teruk di belakang kepala apabila lima lelaki daripada kumpulan itu disyaki memukulnya dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal selain menendang tanpa belas kasihan.

Kumpulan lelaki itu, termasuk beberapa pelajar sekolah itu melarikan diri meninggalkan mangsa berlumuran darah di tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 9.30 malam Jumaat lalu, Azlin bersama beberapa rakannya menunggu di depan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja lelaki yang dikatakan keluar bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, mangsa dan rakannya terkejut apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal.


Mangsa lalu dibelasah menggunakan besi, topi keledar dan pengunci motosikal.

Rakan mangsa berusia 18 tahun yang enggan dikenali berkata, kejadian terlalu pantas menyebabkan mereka tidak dapat lari.

“Remaja lelaki terbabit yang kononnya mahu berbincang dengan baik, sebaliknya membawa ramai rakannya untuk membelasah Azlin.

“Kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba menyerang kami tanpa ada perbincangan seperti dirancang sebelum ini.

“Saya tak sempat berbuat apa-apa untuk menghalang serangan mereka. Saya bagaimanapun dapat menyelamatkan Azlin daripada dibelasah lebih teruk,” katanya.

Dia turut dibelasah hingga terpaksa menerima tiga jahitan di kepala.

Tuesday, February 17, 2009

Remaja Amerika vs Remaja Melayu....

Remaja America:




Remaja Melayu

Tuesday, February 3, 2009

Seven Sins - game aksi seks kegilaan remaja

Terkejut apabila menyaksikan gelagat kumpulan murid sekolah rendah asyik bermain sejenis permainan video memaparkan aksi pasangan sedang melakukan hubungan seks di sebuah kedai permainan video di sini.

Malah, ketika dihampiri, kumpulan kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 12 tahun itu tidak segan silu mempelawa wartawan Harian Metro untuk mencuba permainan video berkenaan.

“Bang, bang nak main sama ke? Seronok permainan ‘7 Sins’ (7 dosa) ini...ada dijual di merata kedai permainan video hanya RM5 sekeping.

“Saya hanya perlu melengkapkan beberapa misi sebelum dapat imbuhan iaitu watak seorang wanita berbogel...paling best dapat tengok dia main (melakukan hubungan seks),” kata seorang daripada mereka tanpa mempedulikan orang ramai. Selanjutnya


Summary about the game!..
7 Sins is a life simulation video game where the player must get to the top of the social ladder and make decisions related to the seven deadly sins. The game is set in the fictional Apple City. Throughout the game the player makes decisions based on pride, wrath, greed, envy, lust, sloth and gluttony. Once a relationship has been built new missions are unlocked. In total there are seven chapters where the player can meet anyone they want.