Pelanggan elit membabitkan ahli perniagaan kaya dan golongan kenamaan (VIP) hanya perlu menyebut nama ‘artis’ sebagai kod rahsia bagi mendapatkan khidmat seks wanita tempatan di sebuah hotel empat bintang di sini. Pelacur kelas atasan terbabit menggunakan nama samaran seperti Ella, Mila, Siti Nurhaliza, Fasha dan beberapa nama artis terkenal tanah air bagi menarik pelanggan yang kebanyakannya memiliki harta dan rangkaian perniagaan di seluruh negara.Mereka yang berusia 20-an hingga 40-an mampu memperoleh pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.Ini tidak termasuk tip bulanan RM1,000 hingga RM1,500 diberikan pelanggan yang turut menyewa bilik di situ..
“Apa yang mengejutkan, pengurus ‘artis’ terbabit menggunakan papan tanda ‘keluar’ yang ditampalkan pada pintu bilik khas berkenaan bagi mengelirukan pihak berkuasa.“Bilik itu sebenarnya sudah diubah suai kepada beberapa ruang khas bagi membolehkan wanita yang dipesan memberikan khidmat seks kepada pelanggan masing-masing,” katanya. Beliau berkata, pihaknya menahan 10 wanita menggunakan nama samaran artis terkenal bagi memudahkan pelanggan mengenali mereka tanpa perlu menunggu lama.Tujuh yang ditahan adalah ibu tunggal tempatan dan baru bercerai. Mereka ditahan kerana mencemarkan Islam dan berkhalwat.
“Wanita yang ditahan terbabit berpura-pura memberitahu hanya memperoleh pendapatan RM600 hingga 700 sebulan.“Namun, siasatan mendapati mereka menerima RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dengan menawarkan khidmat seks tidak termasuk tip,” katanya.Shahrom mendedahkan ada antara wanita itu sukar meninggalkan tabiat mereka kerana dirantai pelanggan bagi mendapatkan habuan mudah.Beliau tidak menolak kemungkinan kegiatan itu sukar ditangani berikutan adanya sokongan pelanggan berpengaruh yang menjadikan hotel itu bagi mendapatkan khidmat seks kelas atasan.
No comments:
Post a Comment