Best Of Remaja Melayu - IKLAN

adf.ly - shorten links and earn money!

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda!

Sila Masukkan Email Anda utk yang Lebih Panans dan Terkini
PASTIKAN ANDA VERIFY EMAIL ANDA

Di Bawa Khas Utk Remaja : By Remaja Melayu Kini

Tuesday, March 17, 2009

Awek Syabu..


Dia baru berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini, tetapi popularitinya bagaikan artis terkenal tanah air.Ini berikutan anak gadis ini cukup dikenali di pasaran gelap dadah tempatan terutama di kalangan pelajar sekolah yang mahu mendapatkan bekalan syabu jenis ‘ice’.Digelar ‘Ice Ice Baby’ di kalangan pelanggannya, Amy, 17, turut menjual pelbagai jenis dadah lain termasuk ganja dan heroin selepas gagal mencari kerja sambilan ketika cuti sekolah tahun lalu.“Saya cari kerja, tapi gagal sehinggalah bertemu seorang rakan sekolah yang memujuk menjadi ‘tokan’ (pengedar dadah kecil-kecilan) untuk mendapatkan wang mudah.


“Dengan pendapatan lumayan dan jadual kerja bebas saya tertarik dengan tawarannya.
“Saya meneruskan tugas itu apabila sesi persekolahan dibuka semula,” katanya ketika ditemui di Pondok Penyayang Raudah, Batu 11, Gombak, baru-baru ini.Puteri Syabu ini tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan, sebaliknya menggunakan sekolah sebagai ‘port’ mencari pelanggan.“Ice’ memang terkenal di kalangan pelajar sekolah menengah dan mendapat permintaan tinggi kerana ia mudah dibawa ke mana-mana tanpa disedari.“Pernah satu ketika beg sekolah saya berisi pelbagai jenis dadah, bukannya buku teks atau buku rujukan sekolah,” katanya.Hasil kegiatan itu, Amy mampu meraih keuntungan sehingga RM500 sehari dan wang itu digunakan untuk bersuka ria termasuk turut membeli dadah dan minuman keras.Selain menjual di sekolah, Amy turut menjual dadah di sekitar taman perumahannya di Hulu Selangor.

No comments: