GUA MUSANG: Tembelang dua beradik yang berpura-pura sudah berumahtangga terbongkar apabila mereka dicekup bersekedudukan dengan pasangan masing-masing hinggakan kedua-dua pasangan hamil anak luar nikah di rumah berasingan di Kampung Tanah Puteh, awal pagi semalam.Lebih mengejutkan lagi, seorang daripada mereka bersekedudukan dengan pasangannya yang masih menjadi isteri orang hingga melahirkan seorang anak berusia setahun sebelum dia disahkan mengandung anak kedua hasil hubungan itu tidak sah dengan lelaki berkenaan.Perkara itu terbongkar selepas serbuan pertama dibuat di sebuah rumah keluarga perempuan jam 12 tengah malam dianggotai pasukan Skuad Amru dengan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Jajahan diketuai Penolong Penguat Kuasa, Husnie Adabi Kadir.Dalam serbuan itu, anggota penguat kuasa menunggu beberapa minit sebelum seorang lelaki berusia 20 tahun bersama pasangannya yang berusia 15 tahun keluar dari bilik di kawasan dapur selepas pintu rumah dibuka adik perempuan wanita itu.
selanjutnya
Thursday, November 20, 2008
isteri orang pun jadi!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment