Best Of Remaja Melayu - IKLAN

adf.ly - shorten links and earn money!

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda!

Sila Masukkan Email Anda utk yang Lebih Panans dan Terkini
PASTIKAN ANDA VERIFY EMAIL ANDA

Di Bawa Khas Utk Remaja : By Remaja Melayu Kini

Saturday, November 29, 2008

Laman web lucah mudah dilayari oleh remaja



Tinjauan mendapati, laman web itu jelas memaparkan gambar ghairah gadis kebanyakan rakyat tempatan serta cerita seks. Sembilan daripada 25 laman web itu pula didapati berpangkalan di luar negara dan tiada sebarang tindakan boleh dikenakan. Tujuh lagi laman web tidak melanggar kehendak seksyen 211, AKM 1998 selepas didapati pengunjung perlu mendaftar secara sukarela dan menerima pelawaan daripada pengendali web manakala tiga laman web lain meletakkan syarat tertentu kepada pengunjung sebelum dibenarkan melayari kandungannya. Pengendali laman web mendapat keuntungan beratus-ratus ribu ringgit sebulan menerusi caj serendah 15 sen sehari. Mereka menyediakan bahan lucah yang membolehkan pengunjung memuat turun dan menonton selain membaca cerita seks. Bayaran 15 sen yang dikenakan oleh sebuah laman web itu bagi pengunjung mendapatkan akses menonton semua kandungan web. Berita Minggu mendapati, satu daripada web itu mempunyai 4,565 ahli berdaftar tidak termasuk pelawat biasa.
Jika angka itu diambil purata sehari, pengendali web mampu meraih keuntungan lebih RM20,000 sebulan dengan pendapatan RM675 sehari. Kepada pengunjung baru, mereka tetap diberikan akses percuma untuk beberapa klip video sebelum diminta membayar yuran untuk peringkat seterusnya. Terdapat laman web yang cuma memerlukan pengunjung mendaftar alamat emel sebagai syarat pendaftaran ahli baru. Ada juga yang meminta ahli mengekalkan keahlian dengan syarat mesti menjadi penyumbang bahan lucah termasuk ada yang menggadai 'koleksi peribadi' untuk mengelakkan keahlian.

Laman web yang disiasat, sudah disiasat dan sudah dikenakan tindakan (68 kes).
25 kes : Tindakan Penguatkuasaan di bawah AKM 1998
38 kes: Ditutup (termasuk tiada perlanggaran AKM 1998, di luar bidangkuasa SKMM dan kandungan ditarikbalik)
5 : Dalam Siasatan Aduan yang diterima SKMM:
Januari - Mac 2008 : 628 (lain-lain perkara) dan 13 (laman web)
April - Jun 2008: 1,076 (lain-lain perkara) dan 35 (laman web)
2007: 2,147 (lain-lain perkara) dan 30 (laman web) Jumlah laman web lucah: Berdasarkan laman web internet-filter-review pada 2006.
4.2 juta web lucah
Bersamaan 12 peratus daripada keseluruhan laman di internet.Tindakan:
Peruntukkan Seksyen 211 dan 233 AKM 1998: denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan bersalah.Remaja mudah ketagih seks REMAJA melepasi tahap umur 'akil baligh' adalah golongan paling ramai melayari laman web lucah dan menjadi sasaran paling mudah disebabkan 'ledakan perasaan' yang cenderung kepada perlakuan seksual. Perubahan tahap umur itu mendorong kepada keinginan kuat mengikut kehendak nafsu apatah lagi jika menonton video, melihat gambar lucah atau membaca artikel seks. Profesor Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), berkata terlalu banyak kesan negatif jika membiarkan remaja melayari internet tanpa pengawasan yang mendorong mereka melayari laman web lucah. "Remaja akil baligh cukup mudah naik nafsu syahwat terutama apabila melihat bahan lucah, mereka juga sudah tahu apa itu hubungan seks. Perubahan itu akan mencapai kemuncak jika wujud pergaulan tanpa batasan dan ketagihan seks. "Banyak kes rogol bawah umur berlaku antara kenalan, rakan, pasangan kekasih disebabkan mereka tidak mempedulikan larangan agama dan undang-undang. Apa yang mereka fikirkan hanya untuk berseronok disebabkan wujudnya 'pencetus' iaitu bahan lucah. "Jika tidak terdedah kepada anasir tidak sihat ini, masalah sosial itu tidak akan berlaku," katanya. Bagi sesetengah remaja berniat jahat, mereka sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehendak nafsu termasuk meletakkan pil khayal ke dalam minuman teman wanita atau kenalan sebelum merogol mangsa. Dr Mariani berkata, aktiviti itu akan memberi kesan langsung kepada remaja yang masih bersekolah, mereka akan mengabaikan mata pelajaran, pencapaian akademik merosot, keruntuhan moral serta hubungan renggang dengan keluarga. "Apabila sudah terjerumus, tentu ibu bapa akan marah tanpa menyedari apa sebenarnya dilalui anak-anak. Akan timbul juga masalah apabila keluarga terlalu mengawasi anak-anak di rumah, mereka akan mencari jalan melayari internet di luar rumah disebabkan ketagihan," katanya. Faktor bayaran serendah 15 sen sebagai yuran melayari laman web juga mendorong ketagihan dan Mariani percaya kegiatan itu mensasarkan kepada remaja daripada keluarga berpendapatan sederhana ke bawah yang dilihat lebih daripada mampu untuk menjelaskan kadar bayaran berkenaan. Katanya, dengan kadar bayaran itu, sesiapa saja mampu melayari laman web lucah dan tidak mustahil ada antaranya sanggup menyimpan wang saku ke sekolah kerana mahu menghabiskan masa melayari web itu. "Semua ini membuktikan capaian internet cukup mudah, kanak-kanak juga boleh melakukannya. Apa yang kita saksikan sekarang ialah runtuhnya moral masyarakat kini, kes gugurkan kandungan, buang bayi berleluasa," katanya. Faktor tiada penguatkuasaan konkrit, tiada pegangan agama serta wujudnya peluang serta pilihan yang banyak dan murah untuk mendapatkan bahan lucah kini menjadikan kegiatan itu menguntungkan satu pihak, pada masa sama meruntuhkan institusi masyarakat. Pengendali web lucah tidak terlepas tindakan BENARKAH pengendali laman web lucah boleh berselindung di sebalik terma 'persetujuan pengunjung' untuk mengelak dikenakan tindakan? Seorang peguam, Abu Backer Sidek berkata sebenarnya pengendali berkenaan boleh dikenakan tindakan kerana jelas bertentangan dengan tujuan penubuhan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 iaitu menjamin perkembangan sihat. Berdasarkan peruntukkan seksyen 211, AKM 1998, membawa maksud mengekal, menjamin perkembangan sihat dalam dunia siber, kegiatan menghantar atau menyebar bahan lucah adalah bertentangan dengan nilai moral. Katanya, AKM 1998 menjelaskan maksud sesiapa yang menghantar, menyebar bahan lucah di internet boleh dikenakan tindakan walaupun mereka menggunakan alasan ada kerelaan pengunjung web. Sebelum ini, banyak pihak mempersoalkan AKM 1998 yang dilihat longgar dalam mengawal perkembangan penyebaran bahan lucah berikutan terlalu banyak laman web lucah berpangkalan di dalam dan luar negara yang boleh diakses secara mudah. Pengendali laman web itu berselindung di sebalik 'persetujuan pengunjung' yang mematuhi terma ditetapkan, secara sukarela walaupun ada yang mengenakan bayaran. Taktik itu membolehkan mereka mengelak daripada tindakan kerana ia dilakukan tanpa paksaan dan bersyarat. "Sudah tentu ia bertentangan dengan tujuan menjamin perkembangan sihat. Adakah penyebaran bahan lucah dikatakan perkembangan sihat?.... sudah tentu tidak dan ia bertentangan dengan nilai moral. Jadi, seksyen 211 AKM 1998 boleh digunakan dalam hal ini. "Jika pengendali berselindung di sebalik faktor kerelaan pengunjung, ia sebenarnya cuma 'tiket' rayuan untuk mengurangkan hukuman. Walaupun akta itu bukan bertujuan menyekat, ia masih boleh dikuatkuasakan bertujuan mengawal perkembangan tidak sihat," kata Abu Backer. Mengikut seksyen itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM50,000 dan penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Abu Backer berkata, memang diakui kerajaan memberi jaminan untuk tidak menapis internet mengikut Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat berkaitan MSC di negara ini. Namun katanya, AKM 1998 adalah akta berkenaan undang-undang siber yang dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan dalam memantau industri berkenaan yang mencakupi ruang lingkup kegiatan dunia siber. Katanya pengawalan mesti datang daripada kerajaan dan ditingkatkan daripada semasa ke semasa terutama ke atas laman web yang berpangkalan di dalam negara. Bagaimanapun, beliau mengaku kebanyakan laman web itu berpangkalan di luar negara dan ia sukar ditapis kerana melangkaui sempadan kuasa serta perlu diteliti mengikut peruntukan yang boleh digunakan.

Bacaan lanjut

Ajaran Sonsang Remaja........

MEREKA ditikam 666 kali dan lebih kejam empat mayat remaja terbabit dijadikan santapan malam. Itu yang berlaku ke atas empat remaja berusia 16 dan 17 tahun apabila menjadi mangsa ajaran songsang.Dalam kejadian di Moscow, Russia, ini tiga remaja perempuan, Olga Pukhova; Varya Kuzmina dan Anya Gorokhova bersama seorang remaja lelaki, Andrei Sorokin, ditemui dalam kejadian menyayat hati.Mayat mereka bukan saja ditikam ratusan kali tetapi turut dicincang, dimasak seterusnya dimakan. Mengejutkan apabila alat sulit mereka turut dipotong selain organ dalaman seperti jantung dan hati dikeluarkan.

Thursday, November 20, 2008

isteri orang pun jadi!!

GUA MUSANG: Tembelang dua beradik yang berpura-pura sudah berumahtangga terbongkar apabila mereka dicekup bersekedudukan dengan pasangan masing-masing hinggakan kedua-dua pasangan hamil anak luar nikah di rumah berasingan di Kampung Tanah Puteh, awal pagi semalam.Lebih mengejutkan lagi, seorang daripada mereka bersekedudukan dengan pasangannya yang masih menjadi isteri orang hingga melahirkan seorang anak berusia setahun sebelum dia disahkan mengandung anak kedua hasil hubungan itu tidak sah dengan lelaki berkenaan.Perkara itu terbongkar selepas serbuan pertama dibuat di sebuah rumah keluarga perempuan jam 12 tengah malam dianggotai pasukan Skuad Amru dengan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Jajahan diketuai Penolong Penguat Kuasa, Husnie Adabi Kadir.Dalam serbuan itu, anggota penguat kuasa menunggu beberapa minit sebelum seorang lelaki berusia 20 tahun bersama pasangannya yang berusia 15 tahun keluar dari bilik di kawasan dapur selepas pintu rumah dibuka adik perempuan wanita itu.

selanjutnya

Kes pembunuhan seorang pekerja sebuah stesen minyak

IPOH: Kes pembunuhan bermotifkan samun seorang pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini, pada 11 November lalu hampir diselesaikan susulan penahanan tiga lelaki berusia 19 hingga 41 tahun.Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek terbabit ditangkap pada 14 November lalu di sebuah rumah di Bercham, dekat sini.“Ketika menahan suspek terbabit, anggota kami merampas sebilah parang, sebuah topi keledar dan pakaian yang dipercayai digunakan dalam kes samun itu.“Sehubungan itu, semua suspek direman sehingga 21 November ini bagi membantu kami dalam menyelesaikan siasatan kes samun itu dan kami masih menjejaki suspek lain yang dipercayai turut terbabit dalam kes ini,” katanya, semalam.

Ambil SPM dalam lokap

JOHOR BAHRU: Dia hanya seorang gadis berusia 17 tahun dan masih mentah, namun sudah terbabit dengan kumpulan samun bersenjata hingga mencederakan mangsa.Pelajar perempuan itu kini terpaksa menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam lokap hingga tempoh tahanan reman terhadapnya tamat, Jumaat ini.Dia serta seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah, antara tujuh orang yang ditahan dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun bersenjata di kawasan sekitar Iskandar Malaysia, sejak awal tahun ini.

petikan metro

Kena Seluk - Bomoh baik punya


KUALA LUMPUR: Jijik apabila seorang bomoh keparat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh.Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.

Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.

Sunday, November 9, 2008

MP3: Ayat-Ayat Cinta Rossa


Ayat-Ayat Cinta (Rossa)
Download : Klik sini

Pengkid cabar fatwa?? Betul ke ni??



KUALA LUMPUR: “Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya.
“Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?” kata seorang pengkid dikenali sebagai Win yang seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), bau-baru ini.
Kata Win, dia yakin di kalangan pengkid, fatwa yang diumumkan MFK pada 23 Oktober lalu tidak akan mengubah keadaan, malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan terus dengan aktiviti mereka seperti biasa.
Menurut Win, pengharaman itu hanya sekadar di atas kertas kerana pihak berkuasa sukar mengambil tindakan, terutama dalam membezakan sama ada seseorang itu pengkid atau tidak.
“Kami tahu mereka (pihak berkuasa) sukar ambil tindakan ke atas kami. Jika saya berkawan dengan wanita lain, adakah kami akan ditahan? Apa bukti mengatakan saya pengkid selain cara berpakaian kerana sesiapapun boleh berpakaian seperti ini,” katanya.
Menurut MFK, gejala pengkid diharamkan kerana kesalahan golongan itu di sisi Islam sangat serius berikutan mereka bukan hanya berpakaian menyamai lelaki, tetapi wujud kecenderungan melakukan hubungan seksual sesama wanita.
Mengulas hal itu, Win berkata, tidak semua pengkid melakukan kesalahan, walaupun dia mengakui ada yang bertindak di luar batasan.
“Kami hanya mahu berseronok atau bersuka-suka, tetapi saya tak nafikan ada pengkid yang lebih-lebih sehingga bercinta dan melakukan hubungan seks sesama jenis,” katanya.
Menurutnya, pengkid menjadi pilihan wanita kerana didakwa lebih memahami golongan itu, terutama apabila wujud masalah.
“Kami (pengkid) lebih mudah dekati mereka (wanita), terutama apabila ada masalah. Walaupun sehingga ada yang melakukan hubungan seks, ia masih selamat kerana sukar untuk mengandung,” katanya.
Win yang bekerja di sebuah pasar raya mengakui dia ada teman wanita meskipun sedar mereka sukar mendirikan rumah tangga.
“Ramai tidak memahami keadaan kami. Sejak kecil sampai sekarang, saya tiada naluri terhadap lelaki, malah ibu bapa tidak kisah saya berpakaian seperti lelaki.
“Saya tahu saya tidak boleh selama-lamanya begini. Satu hari nanti saya akan berubah. Jika ditakdirkan ibu minta saya kahwin dengan lelaki, saya akan paksa diri ini untuk berkahwin,” katanya.
Seorang lagi pengkid yang mahu dikenali sebagai Asni, 25, berkata dia berasa lucu dengan pengharaman itu kerana percaya pihak berkuasa, terutama jabatan agama, belum tentu dapat mengambil tindakan meskipun ada pasangan pengkid sudah lama tinggal sebumbung.
Dia mengakui, sejak bertukar ‘wajah’ menjadi lelaki selepas tamat sekolah, dia hidup bahagia kerana memiliki pasangan sejenis dan mereka saling menyintai sejak dua tahun lalu.
Mereka kini tinggal sebumbung bagaikan pasangan suami isteri di sekitar Ampang selama hampir satu tahun.
Katanya, sejak pengharaman itu diumumkan, dia dan kekasihnya berusia 22 tahun mengambil keputusan untuk terus tinggal bersama dengan alasan tiada tindakan boleh diambil kerana mereka sesama wanita.
“Buat masa sekarang saya tak hendak ambil tahu (pengharaman itu). Saya tahu jalan yang kami pilih salah dan berdosa. Namun saya tidak dapat hendak mengubah naluri diri sejak kecil. Apa mereka (pihak berkuasa) boleh lakukan?
“Adakah kami boleh ditangkap atas kesalahan menjadi pengkid? Bukan sewenang-wenangnya tindakan boleh diambil,” katanya yang bertubuh kurus, kulit putih dan berambut pendek kemerahan.
Sambil memeluk mesra pasangannya yang ada bersama ketika itu, Asni berkata, setakat ini kehidupan yang dilalui bersama kekasihnya tidak berubah dan berjalan seperti biasa.
Katanya, saban hari dia dan pasangannya masih melakukan rutin harian seperti biasa seperti keluar bersama pengkid lain, mengunjungi kelab ‘snooker’ dan pusat hiburan.
“Saya sudah fikir masak-masak, apa sebenarnya yang perlu saya takutkan? Lebih baik saya jalani hidup seperti biasa dan bergembira bersama rakan lain.
“Begitu juga ketika di rumah bersama kekasih, tiada apa perlu berubah antara kami. Takkan kerana isu ini dibangkitkan, saya perlu tidur bilik berasingan dengannya.
“Walaupun naluri saya begini, fizikalnya saya tetap wanita. Ketika ini saya bersekedudukan dengan wanita juga, apa yang hendak ditakutkan. Sebab itu ada baiknya saya tidak berfikir mengenai itu,” katanya yang berasal dari Perak.
Menurutnya, pihak berkuasa juga terlepas pandang mengenai satu lagi budaya pengkid iaitu lesbian yang menjadi pasangan atau kekasih pengkid.
Katanya, golongan terbabit mengekalkan ciri-ciri kewanitaan, berpakaian wanita tapi naluri dan keinginan seksual mereka hanya pada wanita juga.
“Sejauh mana pun tindakan diambil, ia tidak mengubah apa-apa. Mungkin boleh mengubah cara pengkid berpakaian. Apa pula ceritanya jika ia sekadar imej luaran tetapi dalaman masih naluri sama,” katanya.
Seorang lagi pengkid bernama Jas, 22, juga mempertikai fatwa pihak berkuasa dengan alasan mereka hanya berpakaian seperti lelaki tetapi tidak melakukan jenayah seperti mana pihak lain.
“Kami tidak merogol, tidak mencuri atau melakukan jenayah besar seperti membunuh. Yang kami buat ialah keluar dengan rakan, ‘enjoy’, lepak dan minum, itu saja,” katanya yang memiliki seorang teman wanita dengan rupa paras menawan.
Ditanya mengenai keputusan MFK, Jas berkata, dia membincangkan perkara itu dengan rakan pengkid lain, namun mereka tidak ambil peduli kerana ia sekadar fatwa.
“Kita lihat dalam kes lain seperti pondan atau gay, mereka juga melakukan kesalahan, tetapi kenapa sampai hari ini masih wujud. Pada saya, biar apapun mereka nak buat, itu hak mereka,” katanya yang menyedari hidup mereka bergelumang dosa dan menjalin hubungan luar tabii bersama pasangan sejenis.
Awi, 21, pula berkata, walaupun akur dengan pengharaman budaya itu, dia tidak kisah sekalipun ada rakan sekerja dan keluarga memandang serong terhadapnya.
Dia yang kini tinggal serumah dengan rakan pengkid sekitar Sentul juga nekad untuk meneruskan kehidupan sebagai pengkid kerana menganggap pengharaman itu bukan penghalang untuk mereka mengekalkan gaya hidup dan berkumpul bersama pengkid lain.
“Saya tidak peduli (pengharaman) itu semua! Saya tahu siapa diri saya. Jika ada pengkid hendak berubah kerana isu ini, itu urusan mereka.
“Saya percaya, jika hendak berubah atau tidak, biar lahir daripada kerelaan hati. Itu yang seelok-eloknya, bukan kerana desakan dan paksaan,” katanya yang mengakui pernah berniat membunuh diri kerana dibuang keluarga apabila diketahui menjadi pengkid.
Seorang lagi pengkid, Joey, 24, dari Johor, berkata dia keliru dengan jalan hidup dipilih, ditambah pula bergelumang dosa menjalin hubungan sesama jenis sejak tamat persekolahan.
“Namun, inilah perasaan dan keinginan naluri sebenar saya. Saya terima hakikat, saya tetap wanita walaupun penampilan seperti lelaki.
“Namun, saya sukar menerima kehadiran lelaki dalam diri saya. Perasaan saya hanya untuk wanita. Memang sukar untuk dijelaskan,” katanya yang kini tinggal bersama ‘kekasih’ songsangnya di Wangsa Maju sejak 2006.
Begitupun, katanya, sejak pengharaman itu diumumkan dia turut terkena tempias apabila keluarga dan rakan mula menyisihkan dirinya.
“Keluarga yang mulanya tak kisah kini buruk sangka dan keliru dengan penampilan saya begini. Mereka malu dan tidak mahu terima diri saya jika tidak mahu berubah.
“Begitu juga rakan di pejabat, kadangkala saya tidak tahan diperli dan diketawakan kerana penampilan begini. Semua orang di sekeliling memandang serong. Namun sukar untuk berubah kerana naluri ini membelenggu saya,” katanya.

Petikan dari Metro - klik sini

Saturday, November 8, 2008

Can masturbating affect the possibility of getting pregnant in the future?

No, masturbation will not affect your ability to get pregnant.

For women: Masturbation does not cause nor prevent ovulation. The menstrual cycle will not be altered by masturbation therefore fertility will not be affected.

For men: Despite masturbating before sex (no matter how many times) there are still plenty of sperm left. This means pregnancy is still very possible.

Many times men/boys will tell their partners that they cannot get pregnant IF…(he masturbates beforehand, he pulls out in time, etc). These are all lies. (Or if he truly doesn’t know better call them myths.) Unprotected sex may give you a child now or possibly lead to a sexually transmitted illness interfering with having children in the future.