Best Of Remaja Melayu - IKLAN

adf.ly - shorten links and earn money!

Dapatkan Yang Panas Terus Ke Email Anda!

Sila Masukkan Email Anda utk yang Lebih Panans dan Terkini
PASTIKAN ANDA VERIFY EMAIL ANDA

Di Bawa Khas Utk Remaja : By Remaja Melayu Kini

Sunday, December 19, 2010

Ketagih Air Bomoh

SUNGAI PETANI: Seorang wanita hanya mahu mendapatkan pelaris daripada seorang bomoh untuk memajukan restorannya.

Dia diberikan sebotol air untuk diminum kononnya bagi mendapatkan penarik bagi membantu melariskan perniagaannya sebelum ketagih meminum air jampi berkenaan.
Suaminya yang juga seorang guru mendakwa, berikutan ketagih air jampi, isterinya seolah-olah dipukau sehingga merelakan dirinya dicabul bomoh berusia lewat 50-an terbabit.

Kemuncaknya, si isteri yang terkena ilmu hitam sanggup meminta cerai.

Guru berusia 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Hussin mendakwa bomoh terbabit juga mengambil kesempatan mengurut tubuh isterinya yang dalam keadaan tidak berbaju, kononnya untuk menjalani rawatan bagi menjarakkan kelahiran.

Malah, bomoh itu juga sanggup memperkenalkan isterinya sebagai teman wanitanya kepada orang lain.

Menurutnya, detik hitam itu bermula pada Julai tahun lalu apabila dia bersama isteri, Aini, 40, diperkenalkan kepada warga emas terbabit oleh sepupu mereka.

¡°Ketika itu restoran yang diusahakan isteri bermasalah dan sepupu saya menawarkan bantuan dengan memperkenalkan kami kepada bomoh terbabit untuk mendapatkan pelaris,¡± katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, tanpa rasa gusar, mereka bersetuju berjumpa bomoh terbabit dan beberapa hari selepas itu Aini yang ditemani sepupu sekali lagi pergi ke rumah bomoh terbabit kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

¡°Saya tak terfikir langsung dia ada niat jahat, apatah lagi perwatakannya seperti orang alim dan baik hati,¡± katanya.

Hussin yang juga bapa empat anak berkata, kerana tidak mengesyaki apa-apa, dia tidak menemani isterinya dan difahamkan ketika proses ¡®rawatan¡¯ Aini diberi sebotol air untuk diminum kononnya bagi mendapatkan daya penarik bagi membantu melariskan perniagaannya.

Katanya, pada waktu itu bomoh terbabit mencadangkan isterinya menjalani rawatan urutan bagi menjarakkan kelahiran.
Sementara itu, Aini mendakwa jika air jampi itu habis, dia dikehendaki kembali semula ke rumah bomoh terbabit untuk menambah air.

¡°Saya mengesyaki dia meminta saya berbuat demikian kerana mahu saya selalu ke rumahnya. Walaupun pelik dengan permintaannya itu, saya tetap kembali semula ke rumahnya kerana seperti rindukannya,¡± katanya.

Aini berkata, dia juga tidak menolak ketika bomoh itu mahu mengurutnya dan rela membuka baju untuk diurut.
Malah, ketika memberi rawatan, isteri dan anak bomoh itu turut berada di rumah berkenaan.
Katanya, ketika berurut, dia diminta masuk ke bilik bersama bomoh itu.

¡°Dia juga tidak memberi kain lain selepas meminta saya membuka baju, jadi saya terpaksa menutup bahagian tertentu dengan baju. Saya pelik kerana biasanya lelaki tidak dibenarkan mengurut wanita.
¡°Saya tahu bomoh itu tidak wajar berbuat begitu, tapi entah kenapa saya merelakannya. Malah, saya rasa tidak bersalah kerana beberapa pelanggan lain bomoh itu yang berada di situ meyakinkan apa yang saya lakukan itu betul,¡± katanya.

Aini berkata, selepas mendapatkan rawatan bomoh itu, dia mula mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak sehingga kemuncaknya dia meminta cerai daripada Hussin selepas mereka bergaduh pada 12 September tahun lalu.

Menurut Hussin, dia yang terkejut dengan tindakan isterinya itu berjumpa bomoh terbabit bagi menceritakan masalah mereka.

¡°Saya terkejut kerana isteri tiba-tiba minta diceraikan walaupun pergaduhan kami hanya perkara kecil. Saya memanggil bomoh itu ke rumah bagi menceritakan masalah kami,¡± katanya.

Hussin berkata, dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila bomoh itu mendakwa isterinya sudah tidak menyayanginya lagi dan menasihatinya menceraikan Aini dengan talak satu.

Berikutan itu, dia bertanyakan isterinya sama ada mempunyai hubungan dengan lelaki lain sebelum terkejut apabila isterinya menunjukkan bomoh itu lelaki dimaksudkan.

¡°Saya sudah mengeluarkan parang dan ikutkan hati mahu membunuh bomoh terbabit, tetapi mujur saya masih waras. Saya menyuruh dia pulang dan mula mengesyaki isteri ¡®dikenakan¡¯ bomoh itu,¡± katanya.

Mereka kemudian menemui beberapa tokoh agama di Kulim, Sungai Lalang dan Bandar Perdana di sini dan mereka mengesahkan isterinya terkena sihir bomoh terbabit.

¡°Saya tak pernah percayakan bomoh, tapi apabila melihat sendiri kesannya saya terpaksa percaya. Saya hanya menganggap bomoh itu sebagai rakan dan abang kerana kami rapat, tak sangka pula dia mengambil kesempatan.

¡°Saya lega kerana selepas rawatan itu, isteri semakin pulih walaupun bomoh terbabit masih cuba ¡®menganggu¡¯ kami,¡± katanya.

Berikutan itu, Hussin dan Aini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mendakwa dicabul bomoh terbabit.

No comments: