9 tahun jadi mangsa rogol
SEREMBAN: Kesengsaraan seorang gadis yang menjadi mangsa nafsu serakah bapa angkatnya sejak sembilan tahun lalu berakhir apabila dia diselamatkan bapa saudaranya Khamis lalu.
Difahamkan, sebelum ini, gadis terbabit yang berusia 17 tahun diserahkan kepada bapa angkatnya itu untuk dijaga sejak berusia sembilan tahun selepas ibu kandungnya dihantar ke Hospital Bahagia di Tampoi, Johor.
Bagaimanapun, gadis itu menjadi mangsa rogol sejak tinggal di sebuah rumah di Taman Kristal, Labu, di sini, beberapa tahun lalu.
Malah sejak tinggal bersama, mangsa tidak dibenarkan bersekolah dan dilarang keluar rumah.
Mangsa hanya dibenarkan bekerja di sebuah salun di bandar ini sejak beberapa minggu lalu.
Penderitaan mangsa akhirnya terbongkar selepas dia menceritakan perbuatan terkutuk bapa angkatnya kepada seorang rakan sekerja yang kemudiannya memberitahu bapa saudara gadis terbabit.
Dengan bantuan bapa saudaranya, mangsa dibawa ke Balai Polis Seremban 2 untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku itu pada 25 Oktober lalu.
Susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 49 tahun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol.
Lebih lanjut: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/65916/Article/index_html
Monday, October 29, 2007
Mangsa Rogol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment